Dalam pembelajaran dan pengajaran isipadu cecair terdapat dua alat yang digunakan untuk menyukat iaitu dengan menggunakan penyukat yang tidak piawai dan penyukat yang piawai. Gelas, cawan dan sebagainya adalah contoh penyukat yang tidak piawai manakala menggunakan silinder penyukat adalah penyukat yang piawai. Dalam video yang saya pilih adalah salah satu pembelajaran dan pengajaran menggunakan penyukat yang piawai. Dalam video itu telah menerangkan bagaimana cecair disukat menggunakan silinder penyukat. Dengan menggunakan silinder penyukat kita hanya perlu menuang cecair yang ingin disukat kedalam silinder penyukat tersebut. Dalam video itu juga terdapat tiga buah silinder penyukat yang berbeza saiz, tetapi apabila kita menyukat sesuatu isipadu cecair dengan menggunakan ketiga-tiga selinder penyukat tersebut, bacaan isipadu cecair tersebut adalah sama. Ini menunjukkan kepada kita silinder penyukat adalah satu alat yang piawai boleh di gunakan untuk menyukat isipadu cecair.
Dalam video tersebut telah menerangkan dengan jelas bagaimana membaca senggat selinder penyukat apabila menyukat isipadu cecair. Kita perlu mengambil bacaan pada paras air yang paling bawah dan kedudukkan mata mestilah tepat dengan paras air tersebut, kemudian membaca mengikut skala yang di gunakan sama ada milliliter atau liter. Selain daripada itu apabila menggunakan silinder penyukat kita perlu memastikan selinder penyukat di letak di atas permukaan yang rata.