KUMPULAN MURID CEMERLANG
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
- Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan isipadu cecair.
Bahan:
- 3 biji gelas kaca
- 3 jug air berwarna
- Kad perkataan.
- Kad arahan kerja.
Langkah:
1.Guru menunjukkan gelas yang berisi air penuh, separuh dan gelas tidak berisi air kepada murid-murid.
2.Bersoal jawab dengan murid tentang kandungan air dalam setiap gelas.
3.Membimbing murid untuk mendapat perkataan Penuh bagi gelas A, Perkataan Separuh bagi gelas B dan perkataan Kosong bagi gelas C.
4.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi sebiji gelas serta satu jug air.
5.Setiap kumpulan di beri kad arahan kerja dan menjalankan aktiviti mengikut kad arahan tersebut seperti di bawah.
6.Setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada kelas dan menyatakan apa yang diarahkan dalam kad arahan. Guru dan murid kumpulan lain berbincang tentang hasil kumpulan tersebut.
7.Langkah 5 dan 6 diulangi sehingga setiap kumpul;an menjalankan tiga arahan yang berbeza.
8. Masih dalam kumpulan yang sama wakil setiap kumpulan diminta melukis paras air di dalam gambar gelas di papan hitam mengikut kad perkataan kemudian guru berbincang tentang paras air dalam setiap gelas.
9. Penutup
-lembaran kerja pendek seperti dibawah:
KUMPULAN MURID LEMAH
HASIL PEMBELAJARAN:
Diakhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
- Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan isipadu cecair.
Bahan:
- 3 biji gelas kaca
- 3 jug air berwarna
- Kad perkataan.
Langkah:
1.Guru menunjukkan gelas yang berisi air penuh, separuh dan gelas tidak berisi air kepada murid-murid.
2.Bersoal jawab dengan murid tentang kandungan air dalam setiap gelas.
3.Membimbing murid untuk mendapat perkataan Penuh bagi gelas A, Perkataan Separuh bagi gelas B dan perkataan Kosong bagi gelas C.
4.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi sebiji gelas, satu jug air serta kad perkataan.
5.Murid diminta mengisi air mengikut kad perkataan yang mereka dapat.
6.Ketua kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada kelas dan guru berbincang sama ada betul atau salah.
7.Langkah 5 dan 6 diulangi sehingga setiap kumpulan menjalankan tiga aktiviti mengikut kad perkataan yang berbeza.
8.Masih dalam kumpulan yang sama, wakil setiap kumpulan diminta memadankan kad perkataan dengan paras air di dalam gambar gelas di papan hitam.
9. Penutup
-lembaran kerja pendek seperti dibawah:
-lembaran kerja pendek seperti dibawah: