KUMPULAN MURID CEMERLANG
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
- Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit yang tidak piawai.
Bahan:
- 12 biji botol air mineral 500 ml yang sama yang berisi air
berwarna.
- 12 biji botol air mineral 500 ml yang sama yang berisi air
berwarna.
- 12 biji cawan yang sama saiz.
- Jadual.
Langkah:
1.Guru menunjukkan 4 botol air dan meminta murid meneka botol mana yang mempunyai isipadu air paling banyak seperti gambar di bawah.
2.Guru meminta murid membuktikan jawapan dengan membuat aktiviti seperti langkah–langkah berikut.
3.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi 4 botol air berwarna, isipadu setiapnya seperti botol A, botol B, botol C dan botol D, 4 biji cawan serta jadual.
4.Murid diminta menuang air di dalam botol A ke dalam cawan sehingga habis dan mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam jadual seperti di bawah:
5.Ulang langkah 4 sehingga botol D
6.Semua ketua kumpulan menunjukkan jadual yang telah lengkap kepada kelas.
7.Guru dan murid membuat perbincangan tentang isipadu air berpandukan jadual.
8.Guru membuat rumusan isipadu air yang terbanyak adalah botol air yang menggunakan bilangan cawan yang paling banyak.
9.Penutup.
Lembaran kerja.
Susun botol di bawah mengikut kandungan isipadu air secara menaik.
KUMPULAN MURID LEMAH (Sukaneka)
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
- Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit yang tidak piawai.
Bahan:
- 3 biji botol air mineral 500 ml yang sama.
- 3 baldi air berwarna.
- Span.
- 12 biji cawan yang sama saiz.
- Papan skor.
Langkah:
1.Guru membawa murid ke padang dan membahagikan kepada tiga kumpulan.
2.Guru menerangkan peraturan permainan seperti berikut :
a.Murid hanya di benar mengisi air dalam botol dengan menggunakan span sekali sahaja untuk satu pusingan.
b.Jika masa yang diperuntukkan belum tamat murid yang pertama boleh melakukan untuk pusingan yang kedua dan diikuti oleh murid yang kedua dan murid yang seterusnya sehingga masa tamat.
3.Guru menunjukkan demonstrasi cara permainan.
4.Setelah tamat permainan guru meminta murid meneka kumpulan mana yang mempunyai isipadu air yang terbanyak berpandukan botol air setiap kumpulan yang di letak di tempat rata.
5.Guru bersama murid membuktikan isipadu air setiap kumpulan dengan menuang air ke dalam cawan dan mencatat pada papan skor seperti di bawah:
6.Guru membuat rumusan isipadu air yang terbanyak adalah kumpulan yang menggunakan bilangan cawan yang paling banyak.
7.Penutup.
Lembaran kerja.
Susun botol di bawah mengikut isipadu air secara menaik.