Bahan bantu mengajar adalah alat yang digunakan oleh guru untuk membantu memudahkan penyampaian pelajaran dan meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Selain daripada itu bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu murid terhadap konsep -konsep Matematik yang akan di pelajari. Bagi mencapai matlamat penggunaan alat bantu mengajar guru harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaannya untuk mencapai objektif pelajaran yang di rancang. Guru juga perlu menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
Dalam topik Isipadu cecair bahan bantu mengajar dapat di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu :
· Bahan bantu mengajar untuk menyukat isipadu cecair yang tidak piawai.
· Bahan bantu mengajar untuk menyukat isipadu cecair yang piawai.
Bekas yang mempunyai senggat dan skala.
Botol susu bayi |
Silinder penyukat |
Bikar Penyukat |