BIBLIOGRAFI

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2010), HBMT2103:Teaching Mathematics in Year Two. Selangor. Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fang & Azizah binti Hj Tengah ( 2003 ), Mathematics Year 2 Activity Part 2. Kuala Lumpur. Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fang & Azizah binti Hj Tengah ( 2003 ), Mathematics Year 2 Textbook Part 2. Kuala Lumpur. Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.

AKTIVITI 2


KUMPULAN MURID CEMERLANG
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
-  Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit yang tidak piawai.
Bahan:
   - 12 biji botol air mineral 500 ml yang sama yang berisi air
      berwarna.
- 12 biji cawan yang sama saiz.
- Jadual.

Langkah:
1.Guru menunjukkan  4 botol air dan meminta murid meneka botol mana yang mempunyai isipadu air paling banyak seperti gambar di bawah.

2.Guru  meminta murid membuktikan jawapan dengan membuat aktiviti seperti langkah–langkah berikut.
3.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi 4  botol air berwarna,  isipadu setiapnya seperti  botol A, botol B, botol C dan botol D,  4 biji cawan serta jadual.
4.Murid diminta menuang air di dalam botol A ke dalam cawan sehingga habis dan mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam jadual seperti di bawah:

5.Ulang langkah 4 sehingga botol D
6.Semua ketua kumpulan menunjukkan jadual yang telah lengkap kepada kelas.
7.Guru dan murid membuat perbincangan tentang isipadu air  berpandukan jadual.
8.Guru membuat rumusan isipadu air yang terbanyak adalah botol air yang menggunakan bilangan cawan yang paling banyak.
9.Penutup.
Lembaran kerja.
Susun botol  di bawah mengikut kandungan isipadu air secara menaik.




KUMPULAN MURID LEMAH (Sukaneka)
HASIL PEMBELAJARAN:  
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
-  Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit yang tidak piawai.
Bahan:
-   3 biji botol air mineral 500 ml yang sama.
-   3 baldi air berwarna.
-   Span.
-   12 biji cawan yang sama saiz.
-    Papan skor.

Langkah:
1.Guru membawa murid ke padang dan membahagikan  kepada tiga kumpulan.
2.Guru menerangkan peraturan permainan seperti berikut :
a.Murid hanya di benar mengisi air dalam botol dengan menggunakan span sekali sahaja untuk satu pusingan.
b.Jika masa yang diperuntukkan belum tamat murid yang pertama boleh melakukan untuk pusingan yang kedua dan diikuti oleh murid yang kedua dan murid yang seterusnya sehingga masa tamat.
3.Guru menunjukkan demonstrasi cara  permainan.
4.Setelah tamat permainan guru meminta murid meneka kumpulan mana yang mempunyai isipadu  air yang terbanyak berpandukan botol air setiap kumpulan yang di letak di tempat rata.
5.Guru bersama murid membuktikan isipadu air setiap kumpulan dengan menuang air ke dalam    cawan dan mencatat pada papan skor seperti di bawah:
6.Guru membuat rumusan isipadu air yang terbanyak adalah kumpulan yang menggunakan bilangan cawan yang paling banyak.
7.Penutup.
                  
Lembaran kerja.
Susun botol  di bawah mengikut  isipadu air secara menaik.

AKTIVITI 1

KUMPULAN MURID CEMERLANG
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
-  Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan isipadu cecair.
Bahan:
-          3 biji gelas kaca
-          3 jug air berwarna
-          Kad perkataan.
-          Kad arahan kerja.
Langkah:
1.Guru menunjukkan gelas yang berisi air penuh, separuh dan gelas tidak berisi air kepada murid-murid.
2.Bersoal jawab dengan murid tentang kandungan air dalam setiap gelas.
3.Membimbing murid untuk mendapat perkataan Penuh bagi gelas A, Perkataan Separuh bagi gelas B dan perkataan Kosong bagi gelas C.
4.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi sebiji gelas serta satu jug air.
5.Setiap kumpulan di beri kad arahan kerja dan menjalankan aktiviti mengikut kad arahan tersebut seperti di bawah.

6.Setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada kelas dan menyatakan apa yang diarahkan dalam kad arahan. Guru dan murid kumpulan lain berbincang tentang hasil kumpulan tersebut.
7.Langkah 5 dan 6 diulangi sehingga setiap kumpul;an menjalankan tiga arahan yang berbeza.
8.Masih dalam kumpulan yang sama  wakil setiap kumpulan diminta melukis  paras air di dalam gambar gelas di papan hitam mengikut kad perkataan kemudian guru berbincang tentang paras air dalam setiap gelas.
9. Penutup
-lembaran kerja pendek seperti dibawah:
  
KUMPULAN MURID LEMAH
HASIL PEMBELAJARAN:
Diakhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
- Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan isipadu cecair.
Bahan:
-          3 biji gelas kaca
-          3 jug air berwarna
-          Kad perkataan.

Langkah:
1.Guru menunjukkan gelas yang berisi air penuh, separuh dan gelas tidak berisi air kepada murid-murid.


2.Bersoal jawab dengan murid tentang kandungan air dalam setiap gelas.
3.Membimbing murid untuk mendapat perkataan Penuh bagi gelas A, Perkataan Separuh bagi gelas B dan perkataan Kosong bagi gelas C.
4.Murid di bahagi kepada 3 kumpulan dan diberi sebiji gelas, satu jug air serta kad perkataan.
5.Murid diminta mengisi air mengikut kad perkataan yang mereka dapat.
6.Ketua kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada kelas dan guru berbincang sama ada betul atau  salah.
7.Langkah 5 dan 6 diulangi sehingga setiap kumpulan menjalankan tiga aktiviti mengikut kad perkataan yang berbeza.
8.Masih dalam kumpulan yang sama,  wakil setiap kumpulan diminta memadankan kad perkataan dengan  paras air di dalam gambar gelas di papan hitam.





   
9.  Penutup
    -lembaran kerja pendek seperti dibawah:

ALAT BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR.

Bahan bantu mengajar adalah alat yang digunakan oleh guru untuk membantu memudahkan penyampaian pelajaran dan meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Selain daripada itu bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu murid terhadap konsep -konsep Matematik yang akan di pelajari. Bagi mencapai matlamat penggunaan alat bantu mengajar guru harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaannya untuk mencapai objektif pelajaran yang di rancang. Guru juga perlu menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

Dalam topik Isipadu cecair bahan bantu mengajar dapat di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu :
·  Bahan bantu mengajar untuk menyukat isipadu cecair yang tidak piawai.


·  Bahan bantu mengajar untuk menyukat isipadu cecair yang piawai.
 Bekas yang mempunyai senggat dan skala.





Botol susu bayi



Silinder penyukat


Bikar Penyukat



VIDEO MENGUKUR ISIPADU CECAIR



Ulasan video
Dalam  pembelajaran dan pengajaran isipadu cecair terdapat dua alat yang digunakan untuk menyukat iaitu dengan menggunakan penyukat yang tidak piawai dan penyukat  yang piawai. Gelas, cawan dan sebagainya adalah contoh penyukat yang tidak piawai  manakala menggunakan silinder penyukat adalah penyukat  yang piawai. Dalam video yang saya pilih adalah salah satu pembelajaran  dan pengajaran menggunakan  penyukat  yang piawai. Dalam video itu telah menerangkan bagaimana cecair disukat menggunakan silinder penyukat. Dengan menggunakan silinder penyukat kita hanya perlu menuang cecair  yang ingin disukat kedalam silinder penyukat tersebut. Dalam video itu juga terdapat tiga buah silinder penyukat yang berbeza  saiz, tetapi  apabila kita menyukat sesuatu  isipadu cecair dengan menggunakan  ketiga-tiga selinder penyukat tersebut, bacaan isipadu cecair tersebut adalah sama. Ini menunjukkan kepada kita silinder penyukat adalah satu alat yang piawai boleh di gunakan untuk menyukat isipadu cecair.
Dalam video tersebut telah menerangkan dengan jelas bagaimana membaca senggat selinder penyukat apabila menyukat isipadu cecair. Kita perlu mengambil bacaan pada paras air yang paling bawah dan kedudukkan mata mestilah tepat dengan paras air tersebut, kemudian  membaca mengikut skala yang di gunakan  sama ada milliliter atau liter. Selain daripada itu apabila menggunakan silinder penyukat kita perlu memastikan selinder penyukat di letak di atas permukaan yang rata.


Paras air yang diambil bacaan
                              
Kedudukan mata apabila mengambil bacaan

PENDAHULUAN

Isipadu cecair boleh di sukat dengan menggunakan alat yang piawai dan tidak piawai. Apabila menggunakan alatan yang bukan piawai isipadu cecair yang disukat akan berbeza-beza mengikut bekas yang digunakan dan tidak tepat. Bagi mendapat isipadu yang tepat kita perlu menggunakan alatan yang piawai seperti selinder penyukat. walaupun berbagai jenis selinder penyukat di gunakan bacaan isispadu cecaiar tetap sama. Dalam topik isipadu cecair tahun 2 murid perlu memahami perkataan penuh, separuh dan kosong sebelum mempelajari kemahiran mengukur isipadu cecair menggunakan penyukat yang tidak piawai. Selepas menguasai kemahiran menyukat menggunakan penyukat yang tidak piawai barulah di dedahkan menggunakan penyukat yang piawai seperti selinder penyukat. Di dalam tugasan ini saya telah menyenaraikan beberapa bahan bantu mengajar dan beberapa aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan isipadu cecair,semoga dapat di kongsi bersama bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang ingin dicapai di akhir topik isipadu cecair tahun 2.